Isnin, 26 Mac 2018

Berapa Bintang KIta...


PELANCARAN PROGRAM
“BERAPA BINTANG KITA”
DAN
“AWASI ZON WARNA SAHSIAH ANDA”
Tarikh : 26 Mac 2018
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Sungkai

Objektif Program:
"BERAPA BINTANG KITA"
  1. Memberikan sistem ganjaran bintang kepada pelajar dalam aspek sahsiah, kebersihan dan kehadiran sekolah.
  2. Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100%.
  3. Mewujudkan bilik darjah yang bersih, ceria dan membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas yang bersih dan ceria.
  4. Melahirkan pelajar yang memiliki personaliti  terpuji dan boleh dicontohi  oleh pelajar lain.
  5. Melahirkan pelajar yang sentiasa bersaing  dalam persekitaran yang positif.
"AWASI ZON WARNA SAHSIAH ANDA"
  1. Memastikan peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya oleh para pelajar.
  2. Mendidik pelajar untuk menjadi pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan sekolah.
  3. Memastikan tindakan segera diambil terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin.
  4. Menjadikan SMK Sungkai sebuah sekolah yang mempunyai sifar kadar masalah disiplin.

  5.  


Jumaat, 16 Mac 2018

SPM 2017

Penyerahan Keputusan SPM 2017
Tarikh : 15 Mac 2018
Tempat : Dewan Gemilang SMK Sungkai

Keputusan:
Peratus Lulus : 82.5%  (2016 : 78.48%)
GPS : 5.98 (2016: 6.24)
Pelajar Terbaik:
Amirul Amin bin Zulkifli (2A+, 2A, 1A-, 3B, 1C)
Muhammad Fauzi bin Shamsulhady (1A+, 2A, 2A-, 3B+, 1C+)

 
 
 


Jumaat, 9 Mac 2018

Anugerah Remaja Perdana

Taklimat Anugerah Remaja Perdana
(Disampaikan oleh Puan Kamariah Tufandi, Pegawai Belia, Jabatan Belia Daerah Batang Padang) 
Tarikh : 08 Mac 2018
Tempat : Dewan Gemilang SMK Sungkai


  

 

STIC bersama JPN, PPD, PDRM & AADK

Program Sahsiah Terpuji Insan Cemerlang (STIC)
(kerjsama JPN Perak, PPD Batang Padang, PDRM, AADK)
Tarikh : 07 Mac 2018
Tempat : Dewan Gemilang SMK Sungkai

Objektif:
1. memastikan murid-murid yang terpilih bebas salah laku dan dadah.
2. membentuk peribadi dan sahsiah terpuji murid mulai bangku sekolah terutamanya di alam persekolahan.
3. penglibatan semua pihak bagi memastikan kemenjadian murid secara menyeluruh.
4. murid didedahkan tentang ciri-ciri sahsiah yang unggul agar dapat menjadi panduan di dalam kehidupan seharian.




 

  

Rabu, 7 Mac 2018

AKtiviti Unit Beruniform

Latihan Kawad Perdana Badan Unit Beruniform
Tarikh : 06 Mac 2018
Tempat : Dataran Perhimpunan SMK Sungkai
Diketuai oleh : Muhammad Aiman